Tayangan Video sempena Sambutan Maulidur Rasul

9 November 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 09 November 2019, Pusat Internet PPR Seri Semarak telah mengadakan tayangan video bertajuk Muhammad Utusan Terakhir bagi mengingati perjuangan baginda menegakkan agama Islam di Mekah & Madinah walaupun mendapat tentangan yang hebat terutamanya dari sanak saudara baginda.

Tayangan video ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada adik-adik berkaitan sirah Nabi yang mereka pelajari di sekolah. Tayangan diadakan pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 10.30 pagi – 12.30 tengah hari di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan dihadiri oleh 3 orang adik-adik sekolah rendah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali